Tarikh | : 16 Mei 2019 |
Masa | : 3.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Guru-guru SK RPS Banun, Gerik |
Tujuan:
Tujuan penyerahan kiosk ini adalah untuk memberi kemudahan kepada masyarakat Orang Asli di kawasan Air Banun untuk keakses laman sesawang kerajaan yang terkini dan akan diletakkan di dalam makmal sekolah.
Aktiviti:
Seramai 4 orang staf dan guru dari SK RPS Air Banun, Gerik telah datang untuk sesi penyerahan kiosk.
Tarikh | : 14 Mei 2019 |
Masa | : 3.00 - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Tujuan resume dihasilkan adalah bukan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi adalah bagi membolehkan seseorang itu layak untuk di temuduga.
Aktiviti:
Untuk menghasilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan, resume yang dihasilkan mestilah memiliki fakta yang padat dan ringkas.
Tarikh | : 23 April 2019 |
Masa | : 4.00 - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Untuk mempromosikan pusat internet dan menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk komuniti menjalankan pelbagai aktiviti dalam memajukan masyarakat setempat di samping dapat merapatkan ukhwah sesama komuniti dan staf pusat internet.
Aktiviti:
Peserta dikehendaki menaip setiap perkataan atau ayat yang dipaparkan melalui laman web 10FastFingers. Pemenang dipilih berdasarkan kepada pelajar yang menaip paling pantas dan betul dalam masa yang ditetapkan.
Tarikh | : 4 Mei 2019 |
Masa | : 3.00 - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti para peserta dalam menghasilkan poster yang lebih kemas dan menarik di samping dapat mengisi masa lapang pada hari minggu.
Aktiviti:
Peserta dikehendaki memasukkan gambar masing-masing untuk membuat satu poster sempena Ramadhan dengan menggunakan Adobe Photoshop. Untuk pemilihan jenis tulisan yang lebih cantik dan kreatif, peserta diajar untuk memuat turun dari laman web 1001fonts dan tulisan tersebut boleh dimasukkan ke dalam poster yang telah dibuat. Akhir sekali peserta boleh masukkan poster Ramadhan ini ke dalam Facebook masing-masing.
Tarikh | : 13 April 2019 |
Masa | : 8.30 am - 4.00 pm |
Lokasi | : Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik |
Peserta | : Komuniti |
Tujuan:
Tujuan Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti Hulu Perak dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat sekitar untuk mendapat perkhidmatan secara terus daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan syarikat persendirian.
Aktiviti:
Program Pegawai Daerah Bersama Komuniti Hulu Perak disempurnakan oleh YB Tuan Haji Zainal Azman bin Abu Saman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Ketua Kluster Pusat Internet Hulu Perak menyambut tetamu kenamaan di booth pameran Pusat Internet semasa acara lawatan tapak pemeran. Program ini juga dihadiri oleh 5 orang lagi petugas Pusat Internet kawasan Hulu Perak untuk pembukaan booth. Turut disertai ialah 46 agensi lain untuk mempromosikan pameran dan perkhidmatan mereka.