Tarikh | : 11 November 2018 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Mengulangkaji pelajaran secara online yang dibuka secara percuma kepada semua calon peperiksaan.
Aktiviti:
Murid menggunakan laman web www.tutor.com.my untuk menjawab soalan latih tubi dan set percubaan secara percuma.
Tarikh | : 10 November 2018 |
Masa | : 11.30 am - 12.30 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Aktiviti ini disertai oleh dua orang pelajar Sekolah Menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih bakat pelajar melukis disamping meningkatkan kreativiti pelajar dalam memilih warna yang sesuai dalam menghasilkan satu lukisan yang lengkap.
Aktiviti:
Pelajar menggunakan lukisan yang di bawa. Seterusnya menghasikan satu lukisan. Selepas itu, pelajar menggunakan cat air untuk mewarna.
Tarikh | : 30 Oktober 2018 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : PerakGIS & Ketua Kg |
Tujuan:
Seramai 7 orang peserta terlibat termasuk 3 orang staf PerakGIS. Bengkel ini diterajui oleh pihak PerakGIS untuk ketua kampung daerah Hulu Perak.
Aktiviti:
PerakGIS menggunakan sistem yang disediakan oleh pihak mereka dan memberi penerangan kepada setiap ketua kampung.
Tarikh | : 1&12 November 2018 |
Masa | : 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Pemeriksaan tekanan darah merupakan saringan kesihatan yang sering dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Tujuan pemeriksaan tekanan darah dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesihatan diperingkat awal disamping dapat mengetahui graf tekanan darah setiap bulan.
Aktiviti:
Peserta diminta memakai alat tekanan darah di tangan sebelah kiri. Peserta seterusnya diminta meletak kedudukan tangan sehingga bacaan di tab myhealth menunjukkan bacaan 20 dan petugas akan menekan ok untuk meneruskan alat membuat bacaan tekanan darah. Setiap keputusan tekanan darah peserta boleh membuat semakan di dashboard komuniti module Myhelath.
Tarikh | : 19 Oktober 2018 |
Masa | : 10.00 am - 11.00 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pra-Sekolah |
Tujuan:
Seramai 19 orang murid PRA-Sekolah SK Felda Lawin Selatan terlibat dalam kelas kahoot kali ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menguji tahap penguasaan murid terhadap subjek yang telah dipelajari disamping melatih murid untuk berfikir secara kreatif.
Aktiviti:
Murid menggunakan laman sesawang Kahoot seterusnya memasukkan nombor pin serta nama. Murid dikehendaki menjawab setiap soalan seperti tertera di skrin hadapan. Antara tajuk yang dipilih ialah mengeja Bahasa Melayu, soalan asas matematik serta soalan berkaitan mengenali kenderaan dan buah-buahan tempatan.