Tarikh                              : 23 Disember 2018
 Masa   : 9.00 am - 1.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Setempat

 

IMG 3651

 

Tujuan:

  • Tujuan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Dijalankan adalah untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkatn kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti:

Program jom sihat dimulakan dengan pendaftaran peserta yang bermula sekitar jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi. Seterusnya aktiviti zumba bersama dengan belia dan pihak gpw Felda Lawin Selatan yang diketuai oleh Puan Erina Dewi Binti Ikhtiman. Aktiviti Zumba ini dijalankan selama 45 minit. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan pertandingan kuiz kesihatan yang melibatkan topik seperti piramid makanan,masalah kesihatan, uji minda serta pelbagai lagi.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video kesihatan. Antara video yang ditayangkan ialah berkaitan dengan tips pemakanan kesihatan, Kategori makanan dalam piramid makanan, makanan tinggi garam, aktiviti fizikal sihat untuk kesihatan , tips pemakanan sihat untuk anak serta banyak lagi. Aktiviti lain yang dipertandingkan ialah pertandingan artikel kesihatan. Peserta diberi kebebasan memilih tajuk atau topik yang berkaitan dengan kesihatan dan perlu mencari maklumat di internet sebelum menaip semula isi penting di Microsoft Word. Antara aktiviti lain dijalankan ialah , pemeriksaan kesihatan, pertandingan poster, pertandingan menu sihat iaitu sandwish dan jus buah-buahan. Program Jom Sihat diakhiri dengan penyampaian hadiah serta cabutan nombor bertuah kepada peserta yang terlibat. 

Gambar Disini