Tarikh | : 12 September 2018 |
Masa | : 3.00 pm - 4.30pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar Tingkatan 1 |
Tujuan:
Seorang pelajar terlibat dalam kelas movie maker ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar sekolah menyiapkan tugasan diberi guru sekolah dalam menghasilkan klip video berkaitan dengan tajuk diberi.
Aktiviti:
Pelajar di ajar cara memasukkan tulisan ke dalam movie maker. Pelajar juga di ajar cara memasukkan lagu latar belakang. Selain itu pelajar juga di ajar cara memasukkan video dan gambar ke dalam movie maker. Pelajar juga di ajar cara untuk split dan trim video.
Tarikh | : 15 September 2018 |
Masa | : 3.00 pm - 4.30pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli PI |
Tujuan:
Dua orang peserta terlibat dalam kelas adobe photoshop kali ini. Peserta diminta menghasilkan poster menggunakan adobe photoshop cs6 bersize A4. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan adobe photoshop disamping dapat mengasah kreativiti peserta.
Aktiviti:
Pelajar menggunakan adobe photoshop cs6. Pelajar diminta menggunakan size poster iaitu international paper (A4). Pelajar menggunakan teknik Paint, 'place' tulisan, drag gambar, resize dan banyak lagi.
Tarikh | : 5 September 2018 |
Masa | : 10.00 am - 12.00pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Tahun 4 |
Tujuan:
Seramai 20 orang murid tahun 4 SK Felda Lawin Selatan terlibat dalam kelas Frog VLE yang dikawal selia oleh petugas dan guru SK Felda Lawin Selatan. Penggunaan Frog VLE dapat membantu pelajar membuat latih tubi serta ulang kaji berdasarkan subjek yang telah dipelajari.
Aktiviti:
Murid menggunakan laman web rasmi FROG VLE. Murid dikehendaki memasukkan no ID dan password yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Seterusnya murid bebas memiih topik yang ingin di ulangkaji.
Tarikh | : 12 September 2018 |
Masa | : 3.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Murid Sekolah |
Tujuan:
Frog VLE merupakan salah satu flatform untuk murid sekolah mengulangkaji pelajaran. Walaupun murid tidak dikawal selia oleh guru, murid masih boleh menggunakan frog VLE dengan bantuan petugas pusat internet.
Aktiviti:
Murid membuka laman web frog VLE seterusnya memasukkan no id dan password persendirian. Murid turut dibantu petugas cara untuk menggunakan frog VLE.
Tarikh | : 15 Ogos 2018 |
Masa | : 3.00 pm - 4.00pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Dewasa |
Tujuan:
Menjalankan tanggungjawab membantu komuniti yang memerlukan bantuan untuk menyiapkan laporan bulanan beliau dan menghantar laporan tersebut menggunakan email peribadi. pihak Pusat Internet membantu beliau dalam membuat email, cara-cara mengunakan email dan seterusnya dapat membantu beliau dalam urusan menyiapkan tugasan.
Aktiviti:
Menghantar laporan dengan menggunakan kemudahan e-mail.