Tarikh | : 3 Mac 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Menarik minat peserta untuk belajar di Pusat Internet di samping membantu para peserta belajar secara atas talian.
Aktiviti:
Petugas PI telah menyediakan beberapa soalan untuk para peserta. Setiap soalan yang disediakan mempunyai tempoh masa yang ditetapkan. Peserta yang terawal menjawab kesemua soalan dengan betul dikira sebagai pemenang.
Tarikh | : 23 Februari 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Untuk menambah ilmu dan kemahiran kepada peserta dengan menggunakan Microsoft Excel di samping dapat menyampaikan kalimah yang baik kepada peserta.
Aktiviti:
Peserta diminta untuk menghasilkan kufi art berdasarkan slide yang dipaparkan.
Tarikh | : 19 Februari 2019 |
Masa | : 10.30 am - 12.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Pemeriksaan tekanan darah dilakukan adalah untuk mengetahui bacaan terkini tekanan darah peserta.
Aktiviti:
Peserta memakai alat tekanan darah di tangan sebelah kiri. Keputusan bacaan terkini telah direkodkan dan peserta juga boleh melihat bacaan-bacaan tekanan darah sebelum ini.
Tarikh | : 12 & 13 Februari 2019 |
Masa | : 3.00 pm - 5.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti:
Pelajar ditugaskan untuk menghasilkan satu 'story box' secara berkumpulan untuk matapelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan yang digunakan adalah kotak, pembalut, gam dan gunting. Mereka melakukan aktiviti ini berdasarkan sumber rujukan dari Youtube.
Tarikh | : 13 Februari 2019 |
Masa | : 2.30 pm - 4.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Ahli Pusat Internet |
Tujuan:
Meningkatkan kemahiran belajar melukis dan mewarna secara 3D.
Aktiviti:
Pelajar melukis pasu bunga dan beberapa bentuk (segi tiga, segi empat dan bulat) lukisan 3D dengan menggunakan Paint. Seterusnya, pelajar mewarna lukisan tersebut mengikut kreativiti masing-masing dan menyimpan file dalam format jpeg.