Tarikh                              : 16 Januari 2019
 Masa   : 2.30 pm - 5.30 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli Pusat Internet

 

 

 

 

 

Tujuan:

Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah menengah, mereka menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk membuat kerja rumah dan juga dapat mencari maklumat tambahan. Selain itu mereka juga mengikuti Kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Mereka Membuat Jadual Waktu kelas menggunakan Microsoft Words.

 

Aktiviti:

Pelajar membuat kerja rumah sambil mencari maklumat dengan menggunakan carian atas talian dan juga membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Words.

 

Gambar Disini

 


Tarikh                              : 12 Januari 2019
 Masa   : 2.30 pm - 5.30 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PI

 

 

                                                                       

 

Tujuan:

Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah menengah dan juga rendah, mereka menjadikan Pusat Internet sebagai tempat untuk membuat kerja rumah dan juga dapat mencari maklumat tambahan. 

 

Aktiviti:

Pelajar membuat kerja rumah sambil mencari maklumat dengan menggunakan carian atas talian.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 11 Januari 2019
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PI

 

 

 

Tujuan: 

Pemeriksaan tekanan darah merupakan saringan kesihatan yang sering dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan. Tujuan pemeriksaan tekanan darah dilakukan adalah untuk mengetahui tahap kesihatan diperingkat awal disamping dapat mengetahui graf tekanan darah setiap bulan. 

 

Aktiviti:

Peserta diminta memakai alat tekanan darah di tangan sebelah kiri. Peserta seterusnya diminta meletak kedudukan tangan sehingga bacaan di tab myhealth menunjukkan bacaan 20 dan petugas akan menekan ok untuk meneruskan alat membuat bacaan tekanan darah. Setiap keputusan tekanan darah peserta boleh membuat semakan di dashboard komuniti module MyHealth.

 

Gambar Disini


 

Tarikh                              : 11 Januari 2019
 Masa   : 11.30 am - 12.30 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Ahli PI

 

 

 

Tujuan: 

Membantu pengguna untuk membuat bayaran bill atas talian menggunakan online banking.

 

Aktiviti:

Pengguna berkunjung ke Pusat internet untuk membuat transaksi atas talian, Selain memberi kemudahan, ianya juga menjimatkan masa. petugas Pusat Internet sedia membantu apa sahaja urusan yeng berkaitan dengan penggunaan internet. semoga ianya memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.

 

Gambar Disini


Tarikh                              : 23 Disember 2018
 Masa   : 9.00 am - 1.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti Setempat

 

IMG 3651

 

Tujuan:

  • Tujuan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Dijalankan adalah untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkatn kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti:

Program jom sihat dimulakan dengan pendaftaran peserta yang bermula sekitar jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi. Seterusnya aktiviti zumba bersama dengan belia dan pihak gpw Felda Lawin Selatan yang diketuai oleh Puan Erina Dewi Binti Ikhtiman. Aktiviti Zumba ini dijalankan selama 45 minit. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan pertandingan kuiz kesihatan yang melibatkan topik seperti piramid makanan,masalah kesihatan, uji minda serta pelbagai lagi.

Selain itu, aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video kesihatan. Antara video yang ditayangkan ialah berkaitan dengan tips pemakanan kesihatan, Kategori makanan dalam piramid makanan, makanan tinggi garam, aktiviti fizikal sihat untuk kesihatan , tips pemakanan sihat untuk anak serta banyak lagi. Aktiviti lain yang dipertandingkan ialah pertandingan artikel kesihatan. Peserta diberi kebebasan memilih tajuk atau topik yang berkaitan dengan kesihatan dan perlu mencari maklumat di internet sebelum menaip semula isi penting di Microsoft Word. Antara aktiviti lain dijalankan ialah , pemeriksaan kesihatan, pertandingan poster, pertandingan menu sihat iaitu sandwish dan jus buah-buahan. Program Jom Sihat diakhiri dengan penyampaian hadiah serta cabutan nombor bertuah kepada peserta yang terlibat. 

Gambar Disini


Sub-kategori