Menjalankan Perniagaan Alat Pembelajaran

Nama                    : Siti Aminah Binti Hassan
Umur  : 28 Tahun
 Ahli  : 2020

 

Latar Belakang

Seorang penjawat awam dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan menjual alat pembelajaran (buku, audio islamik dan produk kesihatan) kanak-kanak iaitu MommyHana secara atas talian dan juga luar talian. Beliau ingin anak-anak belajar dengan alat pembelajaran ini dengan lebih interaktif dan menarik untuk mengelakkan pengunaan gajet pada masa akan datang dan ia juga boleh memberi manfaat kepada ibu-ibu untuk berkomunikasi dengan anak-anak.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau menggunakan media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp untuk memasarkan produk tetapi tidak tahu untuk mencari followers/ likers.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas keusahawanan diperkenalkan oleh Pusat Internet, beliau sudah mahir menggunakan pelbagai platform/ aplikasi seperti Shopee dan Lazada untuk memasarkan produknya secara online. Kini, perniagaan ini sudah menjadi pendapatan sampingan beliau yang stabil.

 

116718610 1374346152756835 383656402070685162 n 117160999 1374346106090173 3620304982115577117 nmommy

 


Menjalankan Perniagaan Kuih-Muih

Nama                    : Asmawati Bt Sukri
Umur  : 36 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Seorang pekerja swasta dalam masa yang sama menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar talian. Beliau menjalankan perniagaan menjual kuih-muih dan makanan frozen. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan ‘walk-in’ iaitu secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas-kelas usahawan dan intel, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar hobi. Beliau mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga WhatsApp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti (MyShop). Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai sendiri.

 

along

 


Menjalankan Perniagaan Nasi Arab Mandy dan Ajen serta Dropship

Nama                    : Maizatulakma Binti Mohd Zahidi
Umur  : 35 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Seorang pekerja swasta dan juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini di samping dapat menjana pendapatan yang lebih. Menjalankan perniagaan Nasi Arab Mandy dan juga menjadi agent dan dropship pelbagai jenis produk kecantikan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan mendapat tunjuk ajar dari Pusat Internet, beliau telah mendapat idea untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar angan-angan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan WhatsApp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard MyShop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai atau wakil vendor untuk produk-produk yang beliau jual.

 

kelas


Belajar Bidang Penulisan

Nama                    : Nor Suhana Bt Mohd Yusof
Umur  : 26 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang Guru KAFA Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Felda Lawin Selatan (FLS). Beliau memilih untuk mempelajari internet bagi memenuhi tuntutan kerja secara online di samping dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan dengan dunia ICT. Beliau juga sangat berminat dalam dunia ICT terutama dalam bidang penulisan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mahir menggunakan komputer kerana berpendapat ianya tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila pekerjaan beliau sebagai seorang guru KAFA menuntut beliau supaya mahir menggunakan komputer dan yang berkaitan dengan ICT.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan komputer, internet dan berjaya mengemaskini tugasan beliau secara online serta menaip surat menggunakan Microsoft Office dengan baik.

 

su

 


Menjalankan Perniagaan Perfume dan Tudung Sarung

Nama                    : Assyifa binti Azizi
Umur  : 22 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar talian. Beliau menjalankan perniagaan menjual perfume dan tudung sarung. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan ‘walk-in’ iaitu secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas-kelas usahawan dan intel, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar hobi. Beliau mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga WhatsApp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard MyShop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan. Beliau sering menggunakan platform internet seperti WhatsApp dan Facebook serta instagram untuk mempromosikan produk. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai dan mempunyai label sendiri.

 

syifa