Belajar Edit Gambar dan Tulisan

Nama                    : Aqiel Syazwan bin Delma
Umur  : 13 Tahun
 Ahli  : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan Satu SMK Kenering dan telah menduduki peperiksaan UPSR tahun lepas dan telah mendapat keputusan yang memuaskan. Beliau memilih untuk mempelajari internet bagi memenuhi masa terluang serta dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT serta menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga sangat berminat dalam dunia ICT terutama dalam bidang pegeditan gambar dan tulisan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu belajar ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Office serta dapat menaip surat dengan baik. Selain itu, beliau juga dapat menghasilkan ‘font image’ dengan bagus sekali.

 

aqiel