Belajar Internet, Menaip dan Membuat Video

Nama                    : Adam Iskandar bin Roslan
Umur  : 12 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang pelajar Darjah Enam SK Felda Lawin Selatan dan baru sahaja lepas menduduki peperiksaan UPSR dan telah mendapat  keputusan yang baik. Beliau memilih untuk mempelajari Internet bagi memenuhi masa terluang serta dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT. Serta menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga sangat berminat dalam dunia ICT terutama dalam bidang pegeditan video.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu belajar ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran atas talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Office serta dapat menaip surat dengan baik. Selain itu, beliau juga dapat menghasilkan video pendek dengan baik.


IMG 80971