Menjalankan Perniagaan Pembuatan Kek dan Menjadi Ajen dan Dropship Produk

Nama            : Nadia Roosli
Umur  : 28 Tahun
 Ahli  : 2019

 

Latar Belakang

Seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini. Menjalankan perniagaan pembuatan kek dan juga menjadi agent dan drop ship pelbagai jenis produk.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanya lah sekadar hobi. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard Myshop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan. Beliau sering menggunakan platform internet seperti Whatapp dan Facebook serta instagram untuk mempromosikan produk. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai dan mempunyai label sendiri.

 

nadia