Menjalankan Perniagaan Nasi Arab Mandy dan Ajen serta Dropship

Nama                    : Maizatulakma Binti Mohd Zahidi
Umur  : 35 Tahun
 Ahli  : 2018

 

Latar Belakang

Seorang pekerja swasta dan juga menjalankan perniagaan atas talian dan luar talian secara sampingan. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini di samping dapat menjana pendapatan yang lebih. Menjalankan perniagaan Nasi Arab Mandy dan juga menjadi agent dan dropship pelbagai jenis produk kecantikan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan secara luar talian.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas usahawan dan mendapat tunjuk ajar dari Pusat Internet, beliau telah mendapat idea untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyalah sekadar angan-angan. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan WhatsApp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard MyShop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai atau wakil vendor untuk produk-produk yang beliau jual.

 

kelas