Belajar Internet dan Menaip

Nama                           : Azizah Binti Hashim
Umur  : 53 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Azizah Binti Hashim merupakan seorang Guru KAFA merangkap Guru Besar di sekolah KAFA  AL FALAH  Felda Lawin Selatan. Oleh kerana tugas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta  mengemaskini sistem sebagainya, beliau memilih Pusat Internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT, beliau hanya mengguakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala system bertukar kepada atas talian beliau perlu meguasai internet dengan lebih dalam lagi

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet.

 

rasenipng

  


Usahawan Perniagaan Catering 

Nama                           : Nor Aziah Binti Manas
Umur  : 53 Tahun
 Ahli  : 2013

 

Latar Belakang

Puan Aziah Manas, pada awalnya beliau hanya berniaga kecil-kecilan seperti mengambil tempahan kuih muih tradisional dan juga mengambil tempahan masakan lauk pauk. Beliau juga bergabung dengan anak beliau dalam penghasilan tudung.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya perniagaan hanyalah kecil-kecilan, bermodalkan keuntungan yang beliau peroleh maka beliau bercadang untuk meluaskan lagi perniagaan yang ada sekarang kepada yang lebih menguntungkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan dan juga tunjuk ajar secara berperingkan dalam mencari maklumat dan idea dalam internet, beliau kini lebih terbuka dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan beliau sehingga beliau berusaha datang ke kelas yang pihak PI jalankan walaupun sibuk dengan urusan perniagaan. 

 

aziah

  


Usahawan Kopi Kampung

Nama                           : Ahmad Terliza Bin Yahaya
Umur  : 44 Tahun
 Ahli  : 2016

 

Latar Belakang

Meminati bidang perniagaan sejak dari bangku sekolah. Beliau juga meminati bidang sukan sejak dari bangku sekolah terutama bola sepak dan juga takraw. Setelah tamat persekolahan, beiau mendapat pekerjaan sebagai askar dan seterusnya berkhidmat sebagai askar selama 21 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah tamat berkhidmat sebagai askar dengan pangkat Pegawai Waran 1, kini beliau meneruskan minat berniaga dengan menjual Kopi Mesen Mat Rezeki. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk berniaga di pasar-pasar malam sekitar Lenggong dan juga Gerik. Perniagaan Kopi Mesen ini mendapat perhatian ramai penggemar kopi kerana rasa kopi kampungnya yang asli serta harga yang berpatutan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Felda Lawin Selatan dan juga tunjuk ajar secara berperingkan dalam mencari maklumat dan idea dalam internet, beliau kini lebih terbuka dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan beliau. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatsapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan kopi tersebut.

 AHMD

 

 


Belajar Internet dan Menaip

Nama                           : Hasmah Laili Binti Adang
Umur  : 43 Tahun
 Ahli  : 2016

 

 Latar Belakang

Puan Hasmah Laili Binti Adang merupakan seorang Guru KAFA Felda Lawin Selatan. Oleh kerana tUgas seorang guru KAFA pada masa kini memerlukan pengetahuan ICT dalam membuat laporan serta mengemaskini sistem sebagainya, beliau memilih Pusat internet untuk belajar asas dan juga sistem yang baru diperkenalkan oleh pihak yang terlibat.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT beliau hanya mengguakan laporan manual dengan tulisan tangan sahaja. Setelah segala system bertukar kepada atas talian beliau perlu meguasai internet dengan lebih dalam lagi

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet.

 

hasmahpng