Belajar Edit Gambar dan Tulisan
Nama | : Aqiel Syazwan bin Delma |
Umur | : 13 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan Satu SMK Kenering dan telah menduduki peperiksaan UPSR tahun lepas dan telah mendapat keputusan yang memuaskan. Beliau memilih untuk mempelajari internet bagi memenuhi masa terluang serta dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT serta menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga sangat berminat dalam dunia ICT terutama dalam bidang pegeditan gambar dan tulisan. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu belajar ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran secara atas talian. |
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Office serta dapat menaip surat dengan baik. Selain itu, beliau juga dapat menghasilkan ‘font image’ dengan bagus sekali. |
Belajar Internet, Menaip dan Membuat Video
Nama | : Adam Iskandar bin Roslan |
Umur | : 12 Tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang pelajar Darjah Enam SK Felda Lawin Selatan dan baru sahaja lepas menduduki peperiksaan UPSR dan telah mendapat keputusan yang baik. Beliau memilih untuk mempelajari Internet bagi memenuhi masa terluang serta dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT. Serta menambah ilmu pengetahuan. Beliau juga sangat berminat dalam dunia ICT terutama dalam bidang pegeditan video.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu belajar ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Office serta dapat menaip surat dengan baik. Selain itu, beliau juga dapat menghasilkan video pendek dengan baik.
Menjalankan Perniagaan Pembuatan Kek dan Menjadi Ajen dan Dropship Produk
Nama | : Nadia Roosli |
Umur | : 28 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar Belakang
Seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini. Menjalankan perniagaan pembuatan kek dan juga menjadi agent dan drop ship pelbagai jenis produk.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan secara luar talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanya lah sekadar hobi. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapp bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard Myshop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan. Beliau sering menggunakan platform internet seperti Whatapp dan Facebook serta instagram untuk mempromosikan produk. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai dan mempunyai label sendiri.
Menjual Perfume
Nama | : Azuana Binti Azizi |
Umur | : 30 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar Belakang
Seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan atas talian dan juga luar. Beliau mencuba untuk mendalami ilmu perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan yang beliau ceburi sekarang ini.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum didedahkan dengan pelbagai aplikasi atas talian, beliau hanya mempromosikan barang yang dijual kepada pengguna yang terdekat dan secara luar talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti tunjuk ajar yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel. Justeru, beliau telah mandapat ilham untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan yang dahulunya hanyallah sekadar hobi. Beliau juga mempromosikan hasil jualan di Facebook dan juga whatapps bagi memudahkan pelanggan untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis barang yang dijual. Beliau juga memuatnaik produk ke dalam aplikasi Dashboard Myshop. Minat yang mendalam telah membuatkan beliau berusaha mencari peluang yang ada untuk mengembangkan lagi perniagaan. Beliau sering menggunakan platform internet seperti Whatapps dan Facebook serta instagram untuk mempromosikan produk. Harapan beliau dalam bidang ini ialah ingin membuka sebuah kedai dan mempunyai label sendiri.
Mempelajari Internet, Menambah Ilmu ICT
Nama | : Nur Amna Nafiesa Binti Mohd Pauzi |
Umur | : 14 Tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Beliau merupakan seorang pelajar seolah Menengah Kebangsaan Kenering dan bakal menduduki peperiksaan PT3 pada tahun 2020. Beliau memilih untuk mempelajari Internet bagi memenuhi masa terluang serta dapat menambah ilmu berkaitan dengan dunia ICT serta menambah ilmu pengetahuan.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana pada pandangan beliau tidak berkepentingan. Tanggapan beliau meleset apabila dunia sekarang adalah dunia tanpa sempadan. Beliau perlu belajar ICT untuk membuat kerja kursus yang diarahkan oleh guru serta mengulangkaji pelajaran atas talian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Setelah selesai sesi belajar, beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuat kerja kursus menggunakan Microsoft Office dengan baik serta dapat menaip surat dengan bagus.