Tarikh                              : 13 Jun 2018
 Masa   : 10.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Murid Sekolah

 

IMG 3247

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih peserta menggunakan tools di dalam adobe photoshop disamping dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam mengendalikan adobe photoshop untuk pelbagai kegunaan. 

 

Aktiviti:

Peserta telah disediakan template sampul dalam bentuk jpeg. seterusnya peserta di minta memilih gambar pilihan untuk dimasukkan ke dalam template sampul. Pelajar juga di ajar untuk menyatukan dua layer menjadi satu layer. Seterusnya pelajar di ajar cara untuk mewartakan sampul menggunakan paint bucket tool dan brush tool. 

Gambar Disini


Tarikh                              : 8 Jun 2018
 Masa   : 11.00 am - 12.00 pm
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Komuniti & GPW

 

34689895 797297297128393 7805406846281318400 n

Tujuan:

Program World Quran Hour ini dihadiri 20 orang Komuniti Felda Lawin Selatan. Tujuan program adalah sempena sambutan "World Quran Hours 2018 seluruh Malaysia bagi tahun 2018. Nuzul Al-Quran adalahantara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran atau disebut Nuzul Al-Quran. Ianya dirakamkan dalam Al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185). 

 

Aktiviti:

Program dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Seterusnya diikuti dengan bacaan surah al-baqarah ayat 1 hingga 5, Seterusnya bacaan ayat al-hujrat yang diselangi dengan tadabbur surah al-hujrat. Program tamat pada jam 12.00 tengah hari.

Gambar Disini


Tarikh                              : 26 Mei 2018
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar

 

IMG 3182

Tujuan:

Seramai 9 orang peserta terlibat yang merupakan murid dan pelajar sekolah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji ketangkasan pelajar dalam mencantumkan puzzle yang telah diasingkan. 

 

Aktiviti:

Pelajar menggunakan laman web puzzle online untuk menyertai pertandingan ini. Puzzle kali ini bertemakan bulan ramadhan. 

Gambar Disini


Tarikh                              : 1 Jun 2018
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pra - Sekolah

 

IMG 20180601 100545

Tujuan:

Kelas ini dihadiri oleh murid PRA-Sekolah seramai 19 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih murid PRA-Sekolah menjadi seorang yang kreatif dalam mewarna dan melatih murid menggunakan tetikus dengan baik sepanjang kelas. 

 

Aktiviti:

Murid PRA-Sekolah di ajar cara memilih tools untuk mewarna dengan klik menggunakan tetikus. Murid menggunakan laman sesawang hello kids secara online untuk mewarna. Selain memiih tools untuk mewarna, murid juga didedahkan dengan jenis-jenis warna yang berbeza disamping dapat menambah ilmu pengetahuan mereka. 

Gambar Disini


Tarikh                              : 19 Mei 2018
 Masa   : 10.00 am - 11.30 am
 Lokasi : Pusat Internet Felda Lawin Selatan
 Peserta : Pelajar

 

IMG 3172

Tujuan:

Seramai 8 orang pelajar menyertai pertandingan quizizz. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap penguasaan pelajar dalam subjek yang telah dipelajari. 

 

Aktiviti:

Para pelajar diminta memasukkan nombor pin seperti yang tertera di pc admin. Setiap subjek mempunyai nombor pin yang berbeza. Antara subjek yang digunakan ialah Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Inggeris. Setiap subjek yang dipertandingkan pelajar akan dapat melihat pencapaian markah masing-masing.

Gambar Disini


Sub-kategori