Tarikh | : 29 April 2018 |
Masa | : 8.00 am - 2.00 pm |
Lokasi | : Dewan Terbuka Felda Bersia |
Peserta | : Komuniti Felda Bersia |
Tujuan:
Memberi pendedahan kepada komuniti tentang bahaya berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain.
Aktiviti:
Kempen sebenarnya.my di Dewan Terbuka Felda Bersia melibatkan pihak MCMC Perak, UMNO Parlimen Gerik dan juga Pusat Internet Cluster Hulu Perak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah daripada Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh, Servis motor percuma oleh Giatmara Gerik, Persembahan Busker, Hadiah Cabutan Bertuah dan Kenduri Rakyat.