Belajar Membuka Akaun Emel

Nama                    : Ismail Bin Sulaiman
Umur  : 67 Tahun
 Ahli  : 2020

 

Latar Belakang

Beliau merupakan seorang peniaga dan peneroka Felda yang berwarga emas dan mempunyai kelulusan SPM. Beliau memilih untuk mempelajari internet untuk memudahkannya berurusan dengan pembekal-pembekal luar bagi urusan perniagaannya.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Pada awalnya beliau tidak mengambil tahu mengenai dunia ICT kerana padanya ianya tidak penting. Setelah menyedari dunia ICT semakin berkembang dan memerlukannya untuk mengembangkan perniagaan, beliau hadir ke Pusat Internet untuk mempelajari selok belok dunia ICT.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Beliau sudah dapat menguasai serba sedikit berkaitan internet dan berjaya membuka akaun emel. Beliau juga telah banyak berurusan dengan pembekal-pembekal luar untuk mengembangkan lagi perniagaannya

 

 gmail gmail2