Rempah Masak Hitam (Home Made)
Nama | : Rabitah Abdul Manaf |
Umur | : 44 Tahun |
Ahli | : 2013 |
Latar Belakang
Seoarang suri rumah dan Kerani dalam masa yang sama. Walaupun sibuk dengan urusan seharian, beliau mempunyai keinginan dan minat yang mendalam untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama pembuatan rempah masak hitam
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau menjalankan perniagaan ini untuk diagihkan kepada pelnggan tetap dan juga kedai-kedai runcit berdekatan. Pada awalnya, beliau malu untuk belajar dan beranggapan tidak perlu serta menganggap pengetahuan ICT tidak penting untuk orang tua sepertinya. Walhal, pada zaman serba canggih ini, individu yang lebih berusia daripadanya juga mempunyai kemahiran ICT terutamanya berkaitan dengan penggunaan telefon pintar
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Bermula daripada menghadirkan diri ke Pusat Internet Felda Lawin Selatan untuk kelas Pengurusan dan Latihan Media Baru, mula timbul minat dan juga datang kesedaran bahawa pengetahuan ICT perlu ada dalam diri setiap individu pada masa sekrang ini.Selepas mengikuti GMBO yang diperkenalkan oleh Pusat Internet dan juga kelas kelas usahawan dan intel permintaan rempah mask hitam beliau semakin mendapat perhatian