Tarikh | : 20 November 2021 |
Masa | : 10.45 - 11.45 am |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar tahun 6 |
Tujuan:
Memberikan kelebihan dan kebaikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di luar bandar untuk mendapatkan kelas tambahan dalam subjek-subjek yang dipilih.
Aktiviti:
Pelajar ini telah menghadiri e-tuisyen untuk subjek Matematik Tahun 6 dengan SOP Covid-19 yang ketat dan menggunakan aplikasi Zoom iaitu secara atas talian selama satu jam di Pusat Internet Komuniti Felda Lawin Selatan. Catatan nota telah dilakukan untuk rujukan dan ulangkaji pada masa akan datang.