Tarikh |
: 8 Februari 2021 |
Masa | : 9.00 am - 1.00 pm |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Pelajar |
Tujuan:
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.
Aktiviti:
PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian. Ramai pelajar telah datang ke Pusat Internet Komuniti untuk melaksanakan tugasan PdPR sambil mengulangkaji pelajaran.