Tarikh                             : 13 Julai 2019
 Masa   : 8.30 am - 3.00 pm
 Lokasi Dewan Semai Bakti Felda Nenering 1, Pengkalan Hulu
 Peserta : Komuniti

 

111edit

 

Tujuan: 

Untuk memberi pendedahan kepada penduduk Felda serta menyampaikan maklumat yang betul dan tepat terutama komuniti felda dan masyarakat diluar. Felda Nenering menjadi tuan rumah untuk Zon Peringkat Negeri Perak 2019.

 

Aktiviti:

Pusat Internet (PI) Kluster Hulu Perak iaitu 7 PI telah membuka booth. Aktiviti dimulakan dengan senamrobik di waktu pagi. Program diteruskan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk komuniti setempat seperti kuiz Klik Dengan Bijak, teka bilangan `button` dalam beg, mendaftar ahli Pusat Internet dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga aktiviti mewarna bagi sekolah tadika, pertandingan sukaneka aspek wanita seperti memasak, styling tudung dan pertandingan makeup. Pelbagai agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Amanah Ikhtiar, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, jualan pakaian dan makanan serta banyak lagi juga ada membuka booth masing-masing. Di akhir majlis telah diadakan perasmian dengan acara menanam pokok kelapa sebagai simbolik penutupan majlis dan diakhari dengan acara makan bersama penduduk Felda Nenering.

 

Gambar Disini