Tarikh                      : 08 Jun 2024
 Masa   : 03.30 pm - 05.00 pm
 Lokasi : NADI Felda Lawin Selatan
 Peserta : Wakil Komuniti

 

 

Tujuan:

NADI melaksanakan bengkel penulisan rancangan perniagaan untuk digunakan bagi membuat permohonan bantuan dana melalui Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI). Pelaksanaan Program SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Aktiviti:

- Program yang dipohon hendaklah program/ aktiviti yang dapat meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat dalam lima sektor utama iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti, serta aktiviti hijau dan kitar semula.

- Wakil yang terdiri daripada kalangan ahli JPKK/ MPKK/ JPKKP/ Komuniti Kampung yang telah diberikan kuasa boleh memohon pendaftaran ID di dalam sistem MySejaTi MADANI.

- Wakil perlu menyediakan dan memuatnaik dokumen yang diperlukan seperti Carta Perbatuan pelaksanaan program, laporan pelaksanaan aktiviti.

 

Gambar Disini