Tarikh | : 05 Jun 2024 |
Masa | : 10.00 am - 12.00 pm |
Lokasi | : NADI Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti / Usahawan |
Tujuan:
Kelas keusahawanan Shopee@PUPUK bertujuan membantu komuniti menjana pendapatan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Kelas terbuka kepada semua komuniti sama ada usahawan, suri rumah, pelajar.
Aktiviti:
-Mengenali Platform Shopee - Peserta akan mempelajari fungsi-fungsi utama dalam platform seperti mencipta senarai produk, menguruskan inventori, dan memahami sistem pembayaran. Langkah memasukkan produk, menetapkan harga, penggunaan baucar, diskaun dan sebagainya.
-Kaedah Pembayaran dan Pengurusan Pelanggan - Peserta memperoleh pengetahuan mengenai pelbagai kaedah pembayaran yang disokong oleh Shopee dan bagaimana menguruskan hubungan dengan pelanggan melalui platform ini.
-Petugas akan menunjukkan langkah memasukkan produk dengan terperinci. Petugas juga membantu peserta untuk menetapkan harga yang bersesuaian dan memberi keuntungan kepada peserta.