Tarikh | : 20 Februari 2024 |
Masa | : 02.00 pm - 06.00 pm |
Lokasi | : PEDi Felda Lawin Selatan |
Peserta | : Komuniti Felda Lawin Selatan |
Tujuan:
PEDi Felda Lawin Selatan menganjurkan kelas editing canva bersempena Mini Program@PEDi terbuka kepada usahawan dan komuniti sekitar. Kelas ini bertujuan mengajar usahawan cara untuk mengedit gambar produk supaya lebih menarik untuk dijadikan sebagai iklan perniagaan mereka.
Aktiviti:
-Peserta mendaftar masuk di akaun canva.
-Peserta memilih template poster yang akan digunakan dan memasukkan gambar produk perniagaan masing-masing.
-Peserta mengedit gambar produk, memasukkan maklumat seperti nama produk, kebaikan produk, harga, nombor telefon atau email yang boleh dihubungi.
-Selepas siap poster produk, peserta memuat turun gambar ke dalam pc dan memuatnaik poster produk tersebut ke dalam akaun shopee seller centre.